Sunday, 23 February 2014

Anugerah Drama Festival KL (2014) LTTi

image
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang berlangsung pada 22 Februari 2014 adalah hasil gabungan stesen televisyen TV3 dan TV9. Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Barisan Pelakon Pilihan dan Pasangan Serasi Pilihan. 

Drama yang telah dicalonkan adalah Ruby, Diandra, Karlos, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Janji Shirah, Love You Mr. Arrogant, Janji Adam, Dalam Setiap Sujud, 6 Progresif dan Puteri Malam. Drama yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013.


image

No comments:

Post a Comment