Friday 27 April 2018

Our Telegram Channel

Since April 2018, we created our new channel and you can get the info only from Telegram


Like Our Channel

Friday 20 April 2018

Sayang Salmah (1995) HDTV 720p x264 AAC-OMG

Sayang Salmah | MKV | HDTV | 1.85GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2242Kbps

Sinopsis
Filem ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Melayu sekitar tahun 1955-1960 yang cuba mengungkapkan erti cinta pada bangsa dan negara berasaskan kepada sejarah dan semangat perjuangan negara yang relevan dengan falsafah kepimpinan hari ini. Keadaan ini diungkapkan menerusi keluarga Encik Jabar (Datuk Jalaluddin Hassan) dan isterinya Dasimah (Fauziah Nawi) dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Hassan (Sidi Oraza) dan Salleh (Azhar Sulaiman). Hassan bergiat aktif dalam bidang politik, malangnya kegagalan dalam bidang politik dan kematian ayahnya membuatkan Hassan menjadi hilang akal dan menghidap sindrom 'schizophrenia'. Sementara itu, Salleh terus membesar dan menjadi pemuda yang bebas. Dia sering keluar rumah, berhibur di kabaret lalu berkenalan dengan seorang perempuan joget bernama Salmah (Norish Karman).

Hamba Iblis (2018) HDTV 720p x264 AAC-OMG

Hamba Iblis | MKV | HDTV | 1.41GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2233Kbps

Sinopsis
Mengisahkan tentang Tahir (Ameerul Affendi) yang sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan Aishah (Siti Saleha). Dengan bantuan kawan baiknya, Malik (Ken Ridzuan), Tahir mendapatkan khidmat Tok Bomoh (Mior Hashim Manap). Setelah menunaikan permintaan Tok Bomoh supaya setiap malam bulan mengambang, jin yang digunakan untuk mendapatkan Aishah hendaklah dijamu dengan darah haid, akhirnya hasrat Tahir tercapai. Setelah setahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak, Anis (Nurul Hikmah), Tahir sekali lagi mendapatkan khidmat Tok Bomoh untuk hidup mewah bagi membahagiakan Aishah dan mengambil hati arwah bapa mentuanya.

Tuesday 17 April 2018

Duyung (2008) HDTV ENGSUB 720p x264 AAC-OMG

Duyung | MKV | HDTV | 1.41GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2227Kbps

Sinopsis
Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jimmy yang mempunyai satu tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar. Jimmy juga mempunyai sikap yang ganjil sehingga semua penduduk kampung tidak suka akan sikapnya yang ganjil itu. Jimmy suka berkawan dengan Orix spesis "big foot". Sebagai jejaka yang mempunyai perasaan, Jimmy menaruh hati terhadap Aspalela anak kepada Tok Mudim kampung, begitu juga Aspalela.

Da Di Du (1981) HDTV ENGSUB 720p x264 AAC-OMG

Da Di Du | MKV | HDTV | 1.89GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2239bps

Sinopsis
Tiga orang sahabat Bada,Badi dan Badu sering diganggu oleh musuh-musuh kampung mereka. Kerana tidak tahan dengan gangguan itu, mereka bertiga pergi mengembara dan menuntut ilmu silat dengan seorang guru. Semasa berguru mereka bertiga jatuh dengan tiga orang anak gadis Tok Guru itu. Ini membuatkan Singkong, murid lama Tok Guru menjadi marah. Dia membawa konco-konconya mengancam orang-orang kampung dengan ilmu silat yang dipelajarinya

Tuan Badul (1979) HDTV ENGSUB 720p x264 AAC-OMG

Tuan Badul | MKV | HDTV | 1.47GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2241bps

Sinopsis
Ibrahim bekerja di Badul Holdings Sdn Bhd sebagai Pengurus Besar dan digelar GM. Dia adalah seorang yang sangat garang di pejabat tetapi takut pada isterinya Norlia. Dia mempunyai pembantu rumah bernama Nor. Pada suatu hari, Tuan Badul melawat tanah miliknya yang menjadi perkampungan setinggan. Tuan Badul ingin menyuruh orang-orang kampung berpindah, tetapi apabila dia bertemu dengan Nor yang hidup serba kekurangan di situ, segala-galanya berubah. Tuan Badul mencuba berbagai cara untuk memikat Nor, tambahan pula setelah mengetahui bahawa Nor bekerja sebagai orang gaji GM.

SAM Saya Amat Mencintaimu (2012) HDTV 720p x264 AAC-OMG

SAM : Saya Amat Mencintaimu | MKV | HDTV | 1.44GB | AAC |
Screen Res:1280X720 | Bitrate:2228Kbps

Sinopsis
Mengisahkan Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jasmin). Pada masa yang sama juga, Jefri turut menaruh harapan pada Lisa. Lelaki psiko tersebut iaitu Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. Kemudiannya Lisa dan Sam diculik, menambahkan kekeliruan Sam. Akhirnya terbongkar bahawa Sam menghidapi sebuah penyakit (Schizophrenia).

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali, siapakah penculik itu?

Sunday 15 April 2018

Hantu Nan Sempit (2014) HDTV 720p x264 AAC-LTTi

Hantu Nan Sempit | MKV | HDTV | 1.22GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2226Kbps

Sinopsis
Hantu Nan Sempit mengisahkan seorang mekanik bernama Ady yang bekerja di sebuah bengkel yang tidak laku membaik pulih sebuah motosikal yang mengalami kemalangan dan motosikal tersebut seolah-olah mempunyai rohnya sendiri. Ia bermula apabila motosikal yang ditimpa kemalangan tersebut datang ke bengkel dan pemilik bengkel itu, Ribut , menegaskan Ady membaiki motosikal tersebut sebaik yang boleh. Ribut mengalami masalah kekurangan pelanggan di bengkelnya dan membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat bomoh atas nasihat rakannya, Suraya . Ady yang sering kecewa kerana cintanya ditolak oleh Nina, anak saudara kepada Ribut, selalu meluahkan rasa sedihnya bersama motosikal rosak itu. Sebaik sahaja motosikal itu dibaiki, Ady membawanya untuk uji dan motosikal itu tiba-tiba bertindak dengan sendirinya apabila diganggu oleh beberapa mat rempit yang cuba menganggu Ady.

Bisik Pada Langit (2017) HDTV 720p x264 AAC-OMG

Bisik Pada Langit | MKV | HDTV | 1.32GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2235Kbps

Sinopsis
Mengisahkan pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar (Ummi Nazeera) merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.

Thursday 12 April 2018

Jutawan Fakir (2003) HDTV 720p x264 AAC-OMG

Jutawan Fakir | MKV | HDTV | 1.30GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2226Kbps

Sinopsis
Filem ini mengisahkan kehidupan seharian Fakir Bin Miskin, seorang anak muda yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah syarikat di ibu kota. Perwatakan dan gelagatnya yang sentiasa ceria membuatkan rakan sepejabatnya sentiasa terhibur. Namun, Fakir sentiasa kesempitan wang kerana sering meminjamkan duitnya kepada teman wanitanya, Zura, menyebabkan hutangnya keliling pinggang. Bagaimanapun, nasib menyebelahi Fakir apabila dia menjumpai sebuah beg berisi banyak wang dan sejak itu kehidupannya berubah. Kekayaannya berlipat ganda apabila pelaburannya membuahkan hasil. Dia juga tidak kedekut untuk menderma pada mereka yang susah. Namun demikian, jiwa Fakir mula gelisah apabila mendapat tahu wang yang dijumpai itu adalah wang rompakan. Dalam keadaan serba salah, Fakir berusaha untuk memulangkan wang itu semula.

Aku Bukan Tomboy (2011) HDTV 720p x264 AAC-OMG

Aku Bukan Tomboy | MKV | HDTV | 1.43GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2210Kbps

Sinopsis
Kehadiran Farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Ceritanya bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell dan Sam.

Sembilu (1994) HDTV ENGSUB 720p x264 AAC-OMG


Sembilu | MKV | HDTV | 1.68GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2235Kbps

Sinopsis
Filem Sembilu ini adalah salah satu filem arahan Pengarah terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam. Filem ini dilakonkan oleh pelakon terkenal. Di antara pelakon utama filem ini adalah Awie, Erra Fazira, Ziana Zain dan Mustapha Kamal. Filem ini bergenre percintaan dimana ia mengisahkan berkenaan percintaan tiga segi diantara Awie (Awie) dengan Wati (Erra Fazira) dan Ziana (Ziana Zain).Awie dan Wati mula mengenali dan bercinta sejak dari zaman persekolahan. Apabila dewasa Awie menjadi seorang penyanyi rock. Cinta mereka amat direstui oleh ahli keluarga.

Friday 6 April 2018

Malek (2018) HDTV 720p x264 AAC-OMG


Malek | MKV | HDTV | 1.41GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2232Kbps

Sinopsis
Kisah Majid, seorang lelaki yang dikenakan Akta Pencegahan Jenayah hidup sebatang kara setelah dibuang daerah. Namun, segalanya berubah apabila anaknya, Malek muncul secara tiba-tiba setelah isterinya meninggal dunia.

Thursday 5 April 2018

Haq (2010) HDTV ENGSUB 720p x264 AAC-OMG

image
Haq | MKV | HDTV | 1.34GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2212Kbps

Sinopsis
Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Sindiket (2017) HDTV ENGSUB 720p x264 AAC-OMG

image
Sindiket | MKV | HDTV | 1.19GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2207Kbps

Sinopsis
Diinspirasikan dari kisah sebenar, ia memaparkan tentang sindiket pemerdagangan manusia dan mengisahkan tentang seorang wanita yang diperdaya oleh teman lelakinya. Dia telah dijual ke rumah pelacuran di mana dia diberi dadah dan dipaksa untuk menjual dirinya.

Kau Yang Satu (2017) HDTV ENGSUB 720p x264 AAC-OMG

image
Kau Yang Satu | MKV | HDTV | 2.00GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2223Kbps

Sinopsis
Bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi akhirnya, mereka terpaksa akur dengan bapa mereka.

Tuesday 3 April 2018

Midnight University (2016) HDTV 720p MalaySUB x264 AAC-OMG

image
Midnight University | MKV | HDTV | 1.69GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2233Kbps

Sinopsis
Due to her good looks and wealthy status, Star (Rasri Balenciaga) is a popular student. A final-year student, Star hopes to graduate but unfortunately, she fails the English paper. She begs the deputy dean to let her pass. Star is then allowed to resit the test but with a catch: She must attend night classes at the education centre which is said to be haunted. Naturally, she’s afraid, so she gathers a band of misfits who eventually becomes her best friends. They are camera enthusiast Otaku (Toni Rakkaen), Moo, Muek and Koong and Ouan Pie.

Without fail, the student ghosts appear at the Education Centre to attend the lecture at midnight. One of them, Khun (Darvid Kreepolrerk), strikes an unlikely friendship with Star and helps her in her studies.

Monday 2 April 2018

Teksi Love (2018) HDTV 720p x264 AAC-OMG

image
Teksi Love | MKV | HDTV | 1.50GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2246Kbps

Sinopsis
Seorang pemandu teksi wanita, Nada perlu membawa seorang pelanggan iaitu Khairy untuk mengejar dan memujuk teman wanitanya. Sepanjang perjalanan mereka saling berselisih pendapat namun akhirnya membibitkan rasa cinta.

Memori Pajeri Nanas (2017) HDTV 720p x264 AAC-OMG

image
Memori Pajeri Nenas | MKV | HDTV | 1.51GB | AAC | Screen Res:1280X720 | Bitrate:2224Kbps

Sinopsis
Mengisahkan Chef Armand (Alif Satar) begitu dikenali dengan resipi makanan hebat beliau. Sajian tradisional yang disediakan acap kali menjadi hidangan pilihan pengunjung di restoran-restoran terkemuka di ibu kota. Setiap satu air tangan beliau berjaya memenangi hati penggemar makanan sehinggakan mereka berkehendakkan lebih pilihan menu dari Chef Armand. Semuanya dilihat sempurna pada diri Armand. Seorang tukang masak yang hebat, bekerjaya, muda, dikurniakan seorang isteri yang cantik dan keluarga yang berlatar belakangkan orang baik-baik.