Sinopsis
Filem ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Melayu sekitar tahun 1955-1960 yang cuba mengungkapkan erti cinta pada bangsa dan negara berasaskan kepada sejarah dan semangat perjuangan negara yang relevan dengan falsafah kepimpinan hari ini. Keadaan ini diungkapkan menerusi keluarga Encik Jabar (Datuk Jalaluddin Hassan) dan isterinya Dasimah (Fauziah Nawi) dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Hassan (Sidi Oraza) dan Salleh (Azhar Sulaiman). Hassan bergiat aktif dalam bidang politik, malangnya kegagalan dalam bidang politik dan kematian ayahnya membuatkan Hassan menjadi hilang akal dan menghidap sindrom 'schizophrenia'. Sementara itu, Salleh terus membesar dan menjadi pemuda yang bebas. Dia sering keluar rumah, berhibur di kabaret lalu berkenalan dengan seorang perempuan joget bernama Salmah (Norish Karman).