Sinopsis
Filem ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Melayu sekitar tahun 1955-1960 yang cuba mengungkapkan erti cinta pada bangsa dan negara berasaskan kepada sejarah dan semangat perjuangan negara yang relevan dengan falsafah kepimpinan hari ini. Keadaan ini diungkapkan menerusi keluarga Encik Jabar (Datuk Jalaluddin Hassan) dan isterinya Dasimah (Fauziah Nawi) dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Hassan (Sidi Oraza) dan Salleh (Azhar Sulaiman). Hassan bergiat aktif dalam bidang politik, malangnya kegagalan dalam bidang politik dan kematian ayahnya membuatkan Hassan menjadi hilang akal dan menghidap sindrom 'schizophrenia'. Sementara itu, Salleh terus membesar dan menjadi pemuda yang bebas. Dia sering keluar rumah, berhibur di kabaret lalu berkenalan dengan seorang perempuan joget bernama Salmah (Norish Karman).
Mereka akhirnya berkahwin dan Hassan semakin terabai apabila Salleh dan Salmah berpindah ke rumah lain, dan Dasimah pula semakin tenat setelah kakinya tertusuk sembilu buluh. Keadaan bertambah meruncing apabila Hassan diketepikan oleh Salleh dan Salmah setelah Dasimah meninggal dunia. Hassan mengamuk dan menceroboh masuk ke rumah Salleh kerana kelaparan. Tetapi Salmah yang keseorangan di dalam rumah tidak memahami keadaan Hassan. Dia sengaja membuat provokasi terhadap Hassan menyebabkan Salmah dicederakan sehingga pengsan. Salleh yang baharu sahaja dipukul kerana kalah dalam perjudian telah tersalah faham tentang tingkah laku Hassan yang memukul isterinya. Akhirnya Hassan ditangkap oleh pihak polis. Beberapa tahun kemudian, Salleh dan Salmah bersama anak mereka datang melawat Hassan yang kini berada di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, Malaysia. Salmah mulai menerima Hassan sebagai sebahagian dari keluarganya.
BAHASA : Bahasa Melayu
SARIKATA : Tiada
Genre: Drama / Sejarah
Durasi: 1 Jam 57 Minit
Pengedar: Grand Brilliance
Pelakon: Sidi Oraza, Azhar Sulaiman, Norish Karman, Fauziah Nawi, Jalaluddin Hassan, Sofea Jane, Sabri Yunus
Pengarah: Mahadi J Murat
DOWNLOAD (1.85 GB)
Uptobox
Openload

No comments:
Post a Comment